My photo
hidup memang susah kalau kaki x melangkah

Tuesday, August 2, 2011

wow!damn!sheesh!

perrrghhh adooiii lama gila aku x menulis.....last skali bila hah?huh lama tu.....kenapa?...

  1. aku malas
  2. xde idea
  3. stress
  4. sibuk dengan kerja-kerja untuk naikkan nama orang lain (biasala jadi kuli yang terikat ni)
Then why the heck you came back?....ni sumer mamat ni punya pasal (well mostly) 
http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/(dh aku bagi alamt penuh kena hyperlink lagi ke?)

aku memang suka (kadang-kadang cam sial gak) tulisan dia....aku suka bila dia sentuh pasal kes budak2 nakal yang tak puas hati bila nak diperbetulkan.......sebagai penjawat awam (seesh kalu bleh tukar jadi Penjejak Awan kan best)...aku (sepatutnya) menentang apa yang Nami tulis tapi damn that guy hit the nail right on the back of my neck.....


ni la yang aku dah berbuih bagitau budak2.....kalau budak baik aku suruh teruskan jadi baik (cuma kena open minded sikit...bukan suruh pegi buat tattoo tapi kenal dunia denga cara  terkawal),geng jahat aku kata "pegi mampus apa yang korang nak buat,asal jangan menyusahkan mak bapak"...nuff said......

haih banyak lagi nk tulis ni......nanti la ( bukan malas tapi aku nk balik practice nanti bandmates aku komen)

hhmmmmmmmmmm: damn I miss my wife and daughter.....this job...wait..this higher management suck!!!!




Tuesday, May 10, 2011

the day I hatched....

di saat aku tulis ni tak sampai sejam lagi aku umur 26......tua?....muda?....ah I dont even bother....my soul is always young.....

apa nak tulis?.....nak sentimental?....nak berpolitik?....nak membebel?......

hah aku rasa bersyukur sebab walaupun aku baru setahun lepas suku abad....aku ada kerja yang stabil (dan juga hutang yg stabil).....dan aku ada keluarga...mak,adik-adik....dan aku ada seorang teman hidup yang sah disisi agama dan undang2 dan juga anak perempuan yang comel.....mereka nyawa aku, mereka redbull aku, livita aku, sumber hidup aku (cheesy)..... .mereka,segalanya enuff said

aku rasa takde benda yang aku sesalkan dalam hidup setakat ni (kecuali aku terikat dengan sistem yang memaksa aku jadi hipokrit)......

Pn. Azizah binti Mohd...terima kasih lahirkan aku dan besarkan aku dan masih mengajar aku sehingga nafas ini
Noor Faizah binti Ahmad Ramli dan Leana Nur Iris kerana terus membantu aku menghela nafas melawan dunia
adik-adik dan abang dan kakak ku......
kawan-kawanku....
bandmates aku .....
ah I do feel blessed....thank you God....

hmmmm: i hope i will get another half century to go

muda

dah dua bulan...ke hampir dua bulan aku x jenguk sini....kenapa?....busy busy busy.....busy  apa?...sibuk bawak budak2, jaga budak...jauh (agak la) dari persekitaran tepu yang menghalang pembesaran minda.....

terjun sungai, masuk hutan, jalan tengah panas....yeah mungkin pada sesetengah orang benda ni takde faedah tapi bagi aku ini lebih baik dari menghadap kertas bertulisan 24 jam semata-mata sebab pihak lain nak naikkan ego mereka......

aku puas hati dengan pencapaian pelajar-pelajar aku walaupun tak sempurna tapi mereka tetap coba (gaya lagu malique).....biarpun ada yang kata benda ni takde faedah dan takkan kemana.....tapi aku redha dan lebih rela mereka jadi manusia yang ada pengalaman hidup bukan sekadar pengalaman membaca.....

oh those young days.....aku agak bazirkan masa muda aku...aku agak sesal......nak buat camne aku budak emotif yang depressed......tapi sekarang aku rasa sedikit sebanyak aku pernah hidup jugak la dizaman muda.....eh sekarang pun muda lagi la hhahahahaha

dengan keadaan aku sekarang mungkin agak sukar nak hidup dengan segala angan2 dan cita2 aku tapi aku tahu dengan bidadari aku yang jadi nyawa aku.... aku rasa aku mampu.....yeah I do

hmmmmmmm:  i'm always young

Tuesday, March 29, 2011

Dalam Botol...

ye tajuk entri ni memang pasal filem ...Dalam Botol yang aku tengok sabtu lepas kat The Mines.....berat,memang berat tema yang nak ditayangkan...filem pasal gay tuuuu....konpem ramai yang akan rage.....eh dulu kan dah bising...biasalah tak keluar lagi pun dah bising...

filem ni pasal penyesalan Rubidin@Ruby yang tukar jantina sebab cinta dia pada 'suami' dia Ghaus yang kemudiannya tinggalkan dia sebab tak bleh trima perubahan (la pulak)....Ruby pulang ke kampung untuk tunaikan wasiat ayah dia untuk mandikan mayat. Di kampung Ruby rapat (dirapatkan) dengan Dina anak kawan mak dia...tapi pada hari perkahwinan Ruby tinggalkan Dina sebab dia sedar dia takkan dapat jadi suami yang sejati.....(rajin la plak aku tulis sinopsis ni)

sepanjang +-90 minit aku tengok tu aku tak nampak apa yang dibisingkan selama ini sebab pada aku filem ni bukan pasal nafsu gay membuta yang menyondol dalam khemah tapi pasal penyesalan seorang gay yang takkan dapat betulkan kesilapan dia dan sepanjang filem tu apa yang ditekankan ialah konflik dan penyesalan Ruby, bukan betapa dia enjoy potong anu dia dan pamerkan botol tu.......suka atau tidak ini realiti tapi biasalah mindset rakyat kita takut melihat realiti, lagi selesa, gembira dan yakin menonton angan2 hidup bersyarikat besar, kereta besar,konflik harta, hidup dalam masyarakat yang takde masalah sosial DAN kalau ada masalah sosial ia akan dipertontonkan sebagai lawak....

bagi aku watak utama Ruby yang dibawakan dengan baik oleh Arja Lee....transaksi perubahan yang berkesan dari sebagai Rubidin@Robert ke Ruby dan akhirnya kembali kepada Rubidin yang sesat dalam penyesalan menunjukkan kekuatan bakat dia....aku rasa marah bila dia marah dengan Ghaus dan aku gelak gila2 bila dengan selamba dia bonceng mak dia n Dina......masa close-up muka Ruby pun aku rasa nak gelak sebab rasa lawak muka macho jadi camtu

Ghaus oleh Wan Raja juga bagus sebab aku rasa marah bila tengok dia dan ada rasa noir dalam ekspresi dia......lakonan Ogy sebagai makcik Sheri dan Normah Damanhuri sebagai mak Ruby memang kuat terutamanya bila kedua-dua dapat tahu hal sebenar pada hari perkahwinan dan Rubidin telah lari......renungan kosong mak Ruby dan mainan emosi makcik sheri memang terbaik....

...lakonan Jalil Hamid (ayah Ruby) juga hebat walau sekejap. Aku dapat rasa seorang ayah yang marah tapi terpaksa terima hakikat anak dia dan dia tidak membenci Ruby tapi menasihat dengan mempersoalkan tentang cara hidup Ruby.....tapi aku tetap rasa lawak bila tengok Jalil Hamid

Lakonan Diana Danielle (Dina) biasa2 je (walaupun aku rasa dia comel dalam tu)....Rosnan Rahman sebagai Jem (kawan RUby) pun bleh dipuji...Pekin keluar kejap je untuk satu scene.....dan pada aku paling best ialah bila director sendiri buar cameo di tandas hahahahha macam tengok Spontan plak.....

aku cuba tengok adegan2 yang kononya panas macam kat tepi pantai, dalam khemad, Rubydin mandi.....xde panasnya sebab semua adegan tu ada sebab untuk ditunjuk.
1.adegan di tepi pantai lah jadi punca Rubydin buang anu dia
2.Rubydin mandi tu adalah titik pertukaran dia untuk jadi lelaki balik
....aku rasa lagi panas gambar2 posing basah dalam kolam mandi yang boleh cari dalam majalah tertentu

An ovation  bleh kepada Khir Rahman sebab memilih pelakon yang betul dan tidak menggantungkan filem itu pada populariti pelakon tapi pada bakat pelakon...kerja kamera pun hebat.....tapi aku rasa cerita ni agak lompong (sebab dipotong??) terasa terlalu cepat dan aku tak puas sebab aku rasa ada lagi ruang untuk konflik Ghaus, kekecewaan Mak, makcik Sheri dan Dina untuk diperkembangkan...kalaulah ada DVD director's cut yang tambah lagi 30 minit ke, 45 minit ke konpem aku beli......

hmmmmhh : oh ya aku pelik masa filem tu ada penonton yang ketawa...lucu ke kalau kita menangisi penyesalan yang tak akan dapat diperbetulkan??oh manusia 







Wednesday, March 23, 2011

looking forward for friday....

huh agak sibuk,berpanas,biasalah bawak budak2 ni tp it's worth it dengan sasaran tercapai walaupun ada beberapa orang yang tersasar....balik lambat then main internet free kejap terjumpa la video ni.....TOTAL WIN!!!!.....


 dan bandingkan dengan versi asal....




....aku rasa nak jam la lagu ni muuuuhaaahahahhaha


hmmmmh : friday,friday,fri....damn it

Thursday, March 17, 2011

sup ayam....tengah malam

kredit kpd ILMCI.com
kenapa  sup ayam?...selalunya ni lah apa yang aku order kalu aku lepak dengan member dan lapar.....sedap dan menyihatkan (kot?)....so whats the point here?


selalunya sesi lepak aku ni macam aku makan sup ayam jugak....aku akan rasa sedap = seronok dapat borak2 dan gelak2 dengan kawan2 dan jugak ia menyihatkan aku sebab aku akan dapat lepas tekanan emosi dalaman yang tersembelit dengan keperluan-keperluan kehendak hipokrit ego masyarakat.

ni pun aku baru lepas lepak dan makan sup ayam gak......aku bersyukur ada kawan2 yang macam aku ada sekarang.....I do feel blessed.....

hmmmmhh: chicken soup for the soul....chikedis?

Monday, March 14, 2011

Repekan Pengajaran Harian

hari ni lepas maghrib (xleh berjemaah sbb bini aku berdarah nifas lagi) aku dan bini aku ada bincang sikit...pasal kerja......ahh balik2 pasal kerja....."kerje je la jadi cikgu ni,mulia....dapat pahala".....itu kata-kata typical yang aku selalu dengar.....aku dah bosan benci dengar ayat tu....

ye betul kerja cikgu ni mulia,aku tak pernah nafikan...aku pernah terbaca 'yang paling dekat tugasnya dengan nabi tugasnya ialah guru'....tu dia punya perbandingan....abis wakpo tokse khijo gini awe wehhhh!!!......bagi aku dulu tugas guru tu mulia sebab memang dipandang tinggi tapi sekarang??.....

orang kata "kerja cikgu la senang, pukul 2 dah balik".....memang la balik tapi kerja ikut sekali, kadang2 kelas tambahan,mesyuarat....ah beban kerja tu biasa la....apa yang buat aku tawar hati ni bukan tu sebab semua kerja ada beban tapi sebab ....:

1. aku tertekan dengan kawasan tempat kerja aku yang nak cikgu ni pakai kemeja dan slack 24 jam...polis tidur dengan uniform ke?....berdosakah aku dengan shorts dan tshirt bundle aku?

2. mindset pihak atasan tempat kerja dan rakan sekerja senior yang serbanistas.......pembangunan itu punca maksiat....(hmm maksiat rupanya teknologi canggih ni,lepas ni dokor jangan pakai laser operate yek)....muzik tu maksiatttt.....(lepas ni jangan ada nasyid atau mengaji yang berlagu....nanti jadi maksiat sbb ada unsur muzik tuuuu).....some people just stuck in time...


3. aku rasa kerjaya guru ni dianaktirikan ...ye memang cuti sekolah tu banyak tapi bukan aku oleh tahan malaikat maut ambik nyawa sedara aku masa cuti sekolah atau anak bini aku sakit masa cuti sekolah je......kena ingat bukan saje2 mintak cuti ni.....

4. kerjaya guru ni perturunkan imej oleh pihak pemerintah sendiri.....dasar2 yang diwujudkan hanya untuk sugarcoat nak suruh nampak mereka ada usaha dan idea dalam industri pendidikan ni (industri?)....memanglah sedap kau buat dasar itu ini....ni balaci yang kat bawah ni yang sakit otak menanggung......tak kira la peringkat sekolah pun yang kat atas ada jugak wat dasar sendiri tanpa bincang dengan guru2 kecik ni

5. guru dah makin hilang hak......nak pukul tak boleh....dey ingat saja2 mau pukul ka?....kalu dah perangai cam sial sangat kenapa sekolah kena dukung lagi biawak hidup?.....kalau pelajar kena tampar...guru jangan ikut emosi....kalau guru kena serang?...ada follow up?selagi x mati cikgu tu hah senyap la kes tu lepas wat laporan...polis kalu kena serang ada hukuman tambahan tau......nak buang pelajar pun useless....buang hari ni,esok masuk balik...

.....ah aku pun dah bosan dengan  isu ni tapi nak wat macam mana ia takkan habis.....seriously YOU that amend the rules...grow yourballs.....aku respek dengar pengetua sesetengah sekolah yang buat peraturan "follow the rules or get the fuck out".....ni yang aku dapat "hmmm.....takpelah biasala budak2"......

aku takde masalah dengan budak yang kurang pandai, miskin atau ada masalah keluarga.........but i fuckin hate budak2 yang tak reti nak hargai peluh dan darah mak bapak yang tanggung diorang...oh and i hate spoilt brats...you leeching on your parents' money so dont get cocky cockhead......

eh dah melalut nih......kesimpulannya.....bagi aku...kerjaya dah tak semulia dulu..kerana guru bukan sekadar guru dah sekarang....

hmmmmh: pernah tengok akauntan wat kerja bahagian advertising?