My photo
hidup memang susah kalau kaki x melangkah

Saturday, October 23, 2010

gegey di gegey...well halfway atleast


yesterday, the day before today,semalam (yang hangat?)...memang hangat...gig di gegey...huh dapat lpas geram...dah lama dah....tak layan gig...gig di KB sabtu slalu ada kerja...gig di KL hari ahad...memang hari kerja...damn....so smalam (231010) ada gig di attack attack studio...sambil2 support Later All bleh la lepaskan nafsu aku nih

to bring a camera or not to...that was the question...last2 aku bawak jgak walaupun xde speedlight (kena minta tips dgan mr. Johnny Ramas nk ambik gambar dlm low light)....gig berharga RM5 start pukul 2 lebih...walaupun dalam flyer tulis pukul 1...tapi bukan salah organizer juga sebab crowd dan band pun sampai lambat...jadi aku yang awal ni (pukul 1315) dapat la tgk 'pole dance' oleh wakil oragnizer muuhahahhaha.... gig mula dengan Joanna Joe...emmm cover Estrella dan beberapa lagu sendiri...nice...ada groove..me likey2 hahaha...lepas tu Later All....yeah support2 tapi nk mosh xleh sebab nak ambik gambar hehehe....huhu susahnya nak ambik xde speedlight...nice show Later All...time ni sauna dah start dah...lens pun nk start berkabus.......crowd start to mosh around..masa Joanna Joe tadi crowd malu2lagi....band ketiga Failure Proposal.....punk rock?emoish punk rock?performing some own songs and paramore they rock the show....time ni crowd menggila mungkin sebab vokalis tu gewe come hehe....crowd gila,vokalis pun move around...its a fun band to take picture of....walaupun blur/distort/x sharp dan sekaum dengannya(dan juga sebab aku x pandai hahaha).....lepas tu band errr...bak kata MC ni band 'basikal tue ku pancitlagiiii'....mengcover lagu redneck from Lamb of God....

sepatutnya lepas tu ada lagi dua band tapi kehadiran peronda di luar mnyebabkan crowd balik dan gig sampai setakat tu je...susah jugak bila the other generation tak memahami cara generasi lain having fun......but overall its a fun saturday plus later that night Kelantan beat Kedah 1 - 0 in the semi final......nothing much to write,critic or comment actually just another rambling bout my saturday......

hmmmmmhh: REALLY NEED A SPEEDLIGHT COZ I LOVE CONCERT PHOTOGRAPHY!!!

Tuesday, October 19, 2010

siapA KaU??!!

Wadafak bux...lpas 10 hari bru nk mnulis...mmg lazy mofo lah....cmne nk maju?....tp cmne nk maju klu asyik kna penyek hehehhe.....

aku ter jumpa gambar ni.....haaaa siapa diaaa......presenting...Nyonya mansur


haaaa ni adalah watak yang pada aku kemudiannya membentuk ataupun sekurang-kurangnya mengkaratkan pemikiran ayat rakyat malaya (masa tu) dengan dialog keramat "siapa kau? doktor?lawyer?......ahli muzik? pantang datuk nenek moyang aku berketurunan ahli muzik"...(err betul ke x aku dh lupa la).....

ayat ni dengan automatiknya meletakkan ahli muzik ni
1. jahat
2.xde harapan
3.tak bleh wat menantu
4.yang sekufu dengan diatas

betulkah statement nyonya mansor ni? ke salah?hmmm there's always 2 side of the story......

pada aku pihak penjajah atau barat dengan BERJAYANYA membentuk mindset org melayu ni.....mereka bawa muzik dengan imej negative (sex,drug n rock n roll n satanic) walhal dalam seni budaya melayu muzik ni adalah lambang kesenian,kemewahan,digunakan untuk meraikan pesta@kenduri,digunakan uuntuk berdakwah.......kenapa minda kita mudah berubah dan hanyut dengan arus asing?? kenapa kita lupakan fungsi positif muzik yang pernah diguna dan diganti dengan erti negatif???

dah tak pasal-pasal jadi ada golongan yang terus mengatakan 'muzik itu jahat,haram dan berdosa'....ada jugak yang dok jerit ...'rilek la wa sembah setan ni saje2 jeee.....hik' dan jgak mereka 'muzik ni minat aku tapi aku x pernah lupa agama dan keluarga' ...aku dh puas tengok pemuzik dan peminat muzik dihentam,dikritik dengan berat sebelah....new year di Paul's place...sumer kena angkut....gig kecik di KB ni....kesian SevenCollarTshirt x sempat perform (dan aku yang menunggu hehe).....dangdut pukul 2 pagi?(ayoh goyang bang....eh pinggang abang ok?)....."ingat dik jangan bergaul dengan bdak2 main muzik tu....x elok main muz.....wwwoooooaaawww wawi i luv you...cepat2 mesej undi...ambik henpon toknek skali'.....

jangan kita lupa apa erti muzik.....muzik ertinya bunyi yang indah dan sedap didengar mengikut perspektif seseorang.....jadi dengar dengan telinga, tengok dengan otak dan nilai dengan minda....dalam Islam pun bunyi memainkan peranan penting...kita je buta atau sengaja butakan minda....

  1. bila bayi dilahirkan kan kena azan atau iqamat (kan bunyi tu)
  2. "sedapnya dia azan / mengaji" (kan muzik tu)
  3. "baca quran tu biar tertib dan betul tajwid dan makhrajnye...baru sedap" (kan bunyi sedap=muzik tu)
  4. bila kiamat sangkakakala akan ditiupkan (kan bunyi tu)

aku minat muzik,main muzik...semua aku layan dari raihan ke rock ke punx ke hardcoreke black metal.....so aku ni dh jd jahiliah ke?......walaupun x terer dan pengalaman x banyak tapi aku dh jumpa banyak jenis manusia dan persepsi mereka dengan muzik.......memang dalam muzik banyak negatif tapi wajib ke ambik yang negatif? kenapa yang positif tak dijeling dengan hujung minda?......haih...takpelah...bak kata XPDC 'apa nak dikata'.....terjunlah dengan labu kau wahai melayuuuuu.....

hhhmmhh: skarang ni musim maher zain....dulu waliband...aik tiba2 minat muzik la plak makcik n pakcik ni

Sunday, October 10, 2010

mmmuuZim mmmuZimm

emmm aku minat muzik...dari kecik...dah bnyak mengalami evolusi heheh...dari zaman dengar kaset Gersang,Ella. n Wings pengasuh pasang time kecik dlu...gi ke zaman Top 40(zaman dgar boy band),pastu dengar KRU(sampai album Oh La La je),Awie album solo,Raihan,brothers.....naik ke zaman Blink 182(thanx to imrannarmi),eminem,limp bizkit,korn,slipknot,RHCP.....dan skarang SevenCollar Tshirt,Plague of Happiness,Love me Butch(arrghhh bnyak la lagi....)....bagi aku yang penting artist/band tu buat muzik yang jujur dgan diri mereka...

tadi tersepak video Nita MI masa moda-moda dlu lagu He's A Mod...emmm comel..maskud aku video klip dia(cari la kt youtube)....emmm berbeza Nita dulu dan sekarang...kenapa dan mengapa...aku pun tak tahu hahahah....tapi aku rasa she still being true and honest in her music career....(hope so)...

sekarang ni nak jadi artist senang...."janji nyanyi,nyanyi-nyanyi saja"-Gabra;Preety Ugly.....ada rupa xde bakat?autotune kan ada sampai anjing pun bleh nyanyi guna autotune (cari mishka di youtube)....kalau ada bakat kenapa kena guna autotune?tapi adakah yang guna autotune tu takde bakat....tak jugak...jd apa perlunya autotune?apa?kenapa?timmmkaiiiiii?

aku dah bosan dengar radio...balik2 lagu sama...suara autotune,remix yang menyerabutkan,lagu yang bermotifkan sex,one night stand,hotel dan yang sekufu denganya....dulu bising n serabut dengan black metal lah n punk konon bad influence sampai orang2 'besar' pun bising....lagu2 dalam radio tu xde sape yang bising,kenapa?jeng jeng jeng.....majority speaks.....dan aku terus bangga menjadi minority yang mendengar seni muzik....bukan lagu semata....biarlah aku teru dengar CD Ep yang kualiti rakaman x seberapa asal aku puas dan tak rasa loya dengan muzik2 hamba konglomerat...

generasi yang layan gig/konsert pun dah berbeza (walaupun aku lambat gak kenal gig ni).....crown makin bosan,memilih band,tak supportive dan kenal lagu dalam radio(cd haram nk beli!!!)...aku ingat lagi gi konsert MCR(aku sell out?)ada couple bleh cudlling dengar lagu MCR dan buat muka pelik bila aku nyanyi+mosh+lompat.....nak dating gi konsert Anuar Zain laa.....n aku paling kagum masa gi konsert Slash di sunway (konsert best,organizer n tempat tak best)..depan aku sorang makcik(40++)n anak dara dia(20+,cun) sing along lagu Slither (Velvet Revolver).....emmm tengok di crowd gig/konsert....generasi yg ramai datang ialah budak2 yang kenal band dlm radio sahaja dan ikut musim band mana tengah top...maka adalah yang mula2 minat Hujan,lepas tu Restraint,lepas tu 679 pastu The Times......Pak Mat Tempe xde org nak minat?...eh dah eksiden dh...

Kenapa...?.....layan dan support saja band yang main muzik yang ikhlas dan sedap.....bila la mindset nak berubah ni...aku je yang mati kutu terperangkap di kejauhan huhuhuhuhu

check...check

Semalam 10.10.10...hari ni 11.10.10....berbeza...apa yang berbeza? Tarikh semalam satu dunia bising (gegey gepok)....memang istimewa sebab sekali dalam 100 tahun....tapi hari ni senyap-sunyi-sepi-...just another day...

Kenapa aku menulis...hari ni baru nak bermula...walhal dah berkurun ruang otak bergema untuk menulis...tapi sel-sel malas menghalang hehehhe..... jadi ruang byte-byte digital ini akan jadi tempat aku tulis apa sahaja yang terlintas...APA SAHAJA.....

2.0.1.0......dalam tahun ni banyak benda yang berlaku...bagi aku ni adalah tahun paling mematangkan aku setakat ini.....
  1. cukup setahun aku kerja(rasa duit gaji,cukup tak cukup)
  2. aku kawin
  3. isteriku mengandung (alhamdulillah)
  4. ayahku meninggal
kalau dicampur semua ni...emmm baru aku tahu asam-garam-cili-ajinomoto kehidupan......aku tahu aku pernah mengeluh...selalu....mengeluh bila terhentak dengan dugaan hidup.....pernah hampir kecewa dan putus asa.....

orang kata hidup akan makin susah bila dah kawin dan ada anak.....ada betul dan salahnya....hidup aku ditahun ini memang mencabar....tapi alhamdulillah....dari hela-hela nafas insan-insan yang aku sayangi aku mendapat kekuatan menghadapi semua ini....

aku pun tak pasti apa yang aku nak tulis kat blog ni....tapi apa yang aku pasti aku berterima kasih kepada Allah dan kekasih-Nya....kepada ibu dan arwah bapaku...kepada isteri dan anakku yang bakal lahir....untuk semua yang telah dan akan kurasa.....terima kasih (emmm tiap2 kali aku sebut perkataan ni aku mesti teringat kat arif menyanyi hahahah)....