My photo
hidup memang susah kalau kaki x melangkah

Thursday, December 2, 2010

hoouuhh huh ngangkung...

.....emm lama aku cuti dari menaip ni walaupun laptop depan mata (tapi adik aku yang guna).....cuti dah mula jadi lepas dekat 2 minggu bini aku stay di KB ni giliran aku pulak stay di rumah mertua di putrajaya (give and take), lagipun ni nak buat rayuan untuk bini aku nih.....


....ni hari ke dua aku ada disini....so tadi bosan-bosan ajak bini aku tengok cerita 'ngangkung'...nak tengok '2 alam' dah habis tayangan la pulak, tak hilang la menggigil aku ni hahahaha......sepanjang aku tengok trailer filem 'ngangkung' ni...aku nampak confirm lawak cerita nih......jadi aku pun beli la tiket pukul 5.50 petang di The Mines tadi......(fuh teringat masa dating dolu2)....lepas spend -+90 minit dalam wayang aku dapat katakan filem ni memang deserved kutipan RM3 juta untuk seminggu tayangan.....semua ada lawak,serious,nilai moral,mutu lakonan.....aku try kupas sikit-sikit sebab aku pun bukan pandai kritik...just my 2 cents...malas nak tulis sinopsis,dah berlambak dah orang tulis


okay mula-mula aku nampak part pelakon sebab dengan barisan pelakon utama tu memang orang dah tahu mesti lawak.....Shaheizy Sam (azim) memang mantap lakonan....lari dari 'adnan sempit'....dengan muka yang tak reti senyum....nada yang serious tapi masih ada lawaknya......a promising new generation of malaya heroes if  I may say.....? paling lawak bila Azim kecek kelate bila bertemu dengan bomoh kelate di tengah  hutan....meme jadi la kelate tuh....siap ada 'bereh' lagi.....Azad Jazmin (tasnim) boleh tahan lakonan dia...lawak macam dalam adnan sempit the series tapi ada juga part serious.....Angah Raja Lawak pun okay la lakonan dia....membantu 2 watak utama ni....nak buat macam mana dah dia memang lawak pun.....pelakon-pelakon lain macam Eira Syazira (Suri bini Azim),Putri Mardiana(bini Tasnim) banyak membantu dalam menonjolkan sisi serious dan konflik dalam filem ni....TAPI pelakon pembantu macam Azlee Senario dan lan Pet-pet memang tak boleh lari dari buat lawak...Azlee jadi doktor yang rawat bini Tasnim yang cuba untuk mengandung,bila scene dengan bini Tasnim, Azlee agak serious la menunjukkan karisma doktor....tapi bila dia jumpa Tasnim di luar dan cuba nasihat Tasnim jangan main nombor memang sinikal dan lawak,sama bila dia cuba nasihat seorang pesakit yang nak gugurkan kandungan pun sinikal..tapi kalau boleh Azlee kena kurangkan muka slapstic tu..takut orang bosan sebab selalu sangat.....Lan Pet-pet jadi bomoh yang memang lawak habis.....aku ngan bini aku sakit perut tengok part Lan.....tapi pelakon pembantu paling best ialah hantu 'model'...memang lawak (tapi kadang2 takut gak )

lawak dalam filem mostly datang dari sinikal,sindiran dan kiasan dalam dialog bukan gaya terencat slapstick bodoh yang memperbodohkan....so its a clever humour.....and it works!!!....antara ayat best ialah bila bini Tasnim wat kejutan menyamar jadi hantu "laaa islam rupanya reti istighfar,ingat dah selalu ngangkung tak takut hantu"....dan ayat doktor bagi kat Tasnim 'nak rezeki kena tangkap BADAN bukan tangkap EKOR...' dan sindiran pada tabiat orang Melayu bila Wan (Angah) nak kencing dan minta izin 'tok nenek',hantu tu balas 'bila masa aku kawin dengan datuk kau'.....scene2 lawak lain yang melekat bagi aku ialah bila hantu model tu slow talk dengan Tasnim, bila bomoh Lan nak halau hantu model di rumah Tasnim (pegang telinga pastu marah 'Balik!!!') dan lepas halau hantu tu tiba2 Lan datang balik dan ambik gambar Tasnim dan bini dia yang pengsan (Tasnim dan bini dia sempat posing) Lan kata 'boleh masuk fesbuk'.....banyak lagi la yang lawak tak larat aku nak tulis (dan tak larat korang nk baca...klu ada)....

bahagian serious banyak ditunjukkan oleh konflik antara watak utama dengan keluarga masing-masing berpunca dari main nombor.....Azim berkonflik dengan bini dia kerana menghabiskan gaji untuk tikam nombor dan menampar anak mereka kerana obses dengan objek pemujaan...Tasnim pula berkonflik kerana berjanji untuk berhenti me-ngankung bila isterinya mengandung tetapi oleh kerana mungkir janji kandungan isterinya telah hilang tiba2 dan Wan pula diburu along keran berhutang untuk main nombor ekor....

pada aku filem ni lengkap moral dan lawak. 2 bahan untuk menarik penonton....dan tidak memperbodohkan penonton.......moral tu tunjuk ikut dialog sampai tadi pun orang gelak lagi walau ada nasihat....emmmm aku rasa nak gi tengok lagi laaaa.....yeah 4.2/5

Hmmmmmmmm : aku teringat scene Azim,Wan dan Tasnim layan lagu di radio dan hantu model tu menari kat belakang,tiba2 radio tukar orang mengaji semua diam...hantu tutup telinga buat muka sedih hahahaha.....ouch


No comments:

Post a Comment