My photo
hidup memang susah kalau kaki x melangkah

Tuesday, August 2, 2011

wow!damn!sheesh!

perrrghhh adooiii lama gila aku x menulis.....last skali bila hah?huh lama tu.....kenapa?...

  1. aku malas
  2. xde idea
  3. stress
  4. sibuk dengan kerja-kerja untuk naikkan nama orang lain (biasala jadi kuli yang terikat ni)
Then why the heck you came back?....ni sumer mamat ni punya pasal (well mostly) 
http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/(dh aku bagi alamt penuh kena hyperlink lagi ke?)

aku memang suka (kadang-kadang cam sial gak) tulisan dia....aku suka bila dia sentuh pasal kes budak2 nakal yang tak puas hati bila nak diperbetulkan.......sebagai penjawat awam (seesh kalu bleh tukar jadi Penjejak Awan kan best)...aku (sepatutnya) menentang apa yang Nami tulis tapi damn that guy hit the nail right on the back of my neck.....


ni la yang aku dah berbuih bagitau budak2.....kalau budak baik aku suruh teruskan jadi baik (cuma kena open minded sikit...bukan suruh pegi buat tattoo tapi kenal dunia denga cara  terkawal),geng jahat aku kata "pegi mampus apa yang korang nak buat,asal jangan menyusahkan mak bapak"...nuff said......

haih banyak lagi nk tulis ni......nanti la ( bukan malas tapi aku nk balik practice nanti bandmates aku komen)

hhmmmmmmmmmm: damn I miss my wife and daughter.....this job...wait..this higher management suck!!!!




Tuesday, May 10, 2011

the day I hatched....

di saat aku tulis ni tak sampai sejam lagi aku umur 26......tua?....muda?....ah I dont even bother....my soul is always young.....

apa nak tulis?.....nak sentimental?....nak berpolitik?....nak membebel?......

hah aku rasa bersyukur sebab walaupun aku baru setahun lepas suku abad....aku ada kerja yang stabil (dan juga hutang yg stabil).....dan aku ada keluarga...mak,adik-adik....dan aku ada seorang teman hidup yang sah disisi agama dan undang2 dan juga anak perempuan yang comel.....mereka nyawa aku, mereka redbull aku, livita aku, sumber hidup aku (cheesy)..... .mereka,segalanya enuff said

aku rasa takde benda yang aku sesalkan dalam hidup setakat ni (kecuali aku terikat dengan sistem yang memaksa aku jadi hipokrit)......

Pn. Azizah binti Mohd...terima kasih lahirkan aku dan besarkan aku dan masih mengajar aku sehingga nafas ini
Noor Faizah binti Ahmad Ramli dan Leana Nur Iris kerana terus membantu aku menghela nafas melawan dunia
adik-adik dan abang dan kakak ku......
kawan-kawanku....
bandmates aku .....
ah I do feel blessed....thank you God....

hmmmm: i hope i will get another half century to go

muda

dah dua bulan...ke hampir dua bulan aku x jenguk sini....kenapa?....busy busy busy.....busy  apa?...sibuk bawak budak2, jaga budak...jauh (agak la) dari persekitaran tepu yang menghalang pembesaran minda.....

terjun sungai, masuk hutan, jalan tengah panas....yeah mungkin pada sesetengah orang benda ni takde faedah tapi bagi aku ini lebih baik dari menghadap kertas bertulisan 24 jam semata-mata sebab pihak lain nak naikkan ego mereka......

aku puas hati dengan pencapaian pelajar-pelajar aku walaupun tak sempurna tapi mereka tetap coba (gaya lagu malique).....biarpun ada yang kata benda ni takde faedah dan takkan kemana.....tapi aku redha dan lebih rela mereka jadi manusia yang ada pengalaman hidup bukan sekadar pengalaman membaca.....

oh those young days.....aku agak bazirkan masa muda aku...aku agak sesal......nak buat camne aku budak emotif yang depressed......tapi sekarang aku rasa sedikit sebanyak aku pernah hidup jugak la dizaman muda.....eh sekarang pun muda lagi la hhahahahaha

dengan keadaan aku sekarang mungkin agak sukar nak hidup dengan segala angan2 dan cita2 aku tapi aku tahu dengan bidadari aku yang jadi nyawa aku.... aku rasa aku mampu.....yeah I do

hmmmmmmm:  i'm always young

Tuesday, March 29, 2011

Dalam Botol...

ye tajuk entri ni memang pasal filem ...Dalam Botol yang aku tengok sabtu lepas kat The Mines.....berat,memang berat tema yang nak ditayangkan...filem pasal gay tuuuu....konpem ramai yang akan rage.....eh dulu kan dah bising...biasalah tak keluar lagi pun dah bising...

filem ni pasal penyesalan Rubidin@Ruby yang tukar jantina sebab cinta dia pada 'suami' dia Ghaus yang kemudiannya tinggalkan dia sebab tak bleh trima perubahan (la pulak)....Ruby pulang ke kampung untuk tunaikan wasiat ayah dia untuk mandikan mayat. Di kampung Ruby rapat (dirapatkan) dengan Dina anak kawan mak dia...tapi pada hari perkahwinan Ruby tinggalkan Dina sebab dia sedar dia takkan dapat jadi suami yang sejati.....(rajin la plak aku tulis sinopsis ni)

sepanjang +-90 minit aku tengok tu aku tak nampak apa yang dibisingkan selama ini sebab pada aku filem ni bukan pasal nafsu gay membuta yang menyondol dalam khemah tapi pasal penyesalan seorang gay yang takkan dapat betulkan kesilapan dia dan sepanjang filem tu apa yang ditekankan ialah konflik dan penyesalan Ruby, bukan betapa dia enjoy potong anu dia dan pamerkan botol tu.......suka atau tidak ini realiti tapi biasalah mindset rakyat kita takut melihat realiti, lagi selesa, gembira dan yakin menonton angan2 hidup bersyarikat besar, kereta besar,konflik harta, hidup dalam masyarakat yang takde masalah sosial DAN kalau ada masalah sosial ia akan dipertontonkan sebagai lawak....

bagi aku watak utama Ruby yang dibawakan dengan baik oleh Arja Lee....transaksi perubahan yang berkesan dari sebagai Rubidin@Robert ke Ruby dan akhirnya kembali kepada Rubidin yang sesat dalam penyesalan menunjukkan kekuatan bakat dia....aku rasa marah bila dia marah dengan Ghaus dan aku gelak gila2 bila dengan selamba dia bonceng mak dia n Dina......masa close-up muka Ruby pun aku rasa nak gelak sebab rasa lawak muka macho jadi camtu

Ghaus oleh Wan Raja juga bagus sebab aku rasa marah bila tengok dia dan ada rasa noir dalam ekspresi dia......lakonan Ogy sebagai makcik Sheri dan Normah Damanhuri sebagai mak Ruby memang kuat terutamanya bila kedua-dua dapat tahu hal sebenar pada hari perkahwinan dan Rubidin telah lari......renungan kosong mak Ruby dan mainan emosi makcik sheri memang terbaik....

...lakonan Jalil Hamid (ayah Ruby) juga hebat walau sekejap. Aku dapat rasa seorang ayah yang marah tapi terpaksa terima hakikat anak dia dan dia tidak membenci Ruby tapi menasihat dengan mempersoalkan tentang cara hidup Ruby.....tapi aku tetap rasa lawak bila tengok Jalil Hamid

Lakonan Diana Danielle (Dina) biasa2 je (walaupun aku rasa dia comel dalam tu)....Rosnan Rahman sebagai Jem (kawan RUby) pun bleh dipuji...Pekin keluar kejap je untuk satu scene.....dan pada aku paling best ialah bila director sendiri buar cameo di tandas hahahahha macam tengok Spontan plak.....

aku cuba tengok adegan2 yang kononya panas macam kat tepi pantai, dalam khemad, Rubydin mandi.....xde panasnya sebab semua adegan tu ada sebab untuk ditunjuk.
1.adegan di tepi pantai lah jadi punca Rubydin buang anu dia
2.Rubydin mandi tu adalah titik pertukaran dia untuk jadi lelaki balik
....aku rasa lagi panas gambar2 posing basah dalam kolam mandi yang boleh cari dalam majalah tertentu

An ovation  bleh kepada Khir Rahman sebab memilih pelakon yang betul dan tidak menggantungkan filem itu pada populariti pelakon tapi pada bakat pelakon...kerja kamera pun hebat.....tapi aku rasa cerita ni agak lompong (sebab dipotong??) terasa terlalu cepat dan aku tak puas sebab aku rasa ada lagi ruang untuk konflik Ghaus, kekecewaan Mak, makcik Sheri dan Dina untuk diperkembangkan...kalaulah ada DVD director's cut yang tambah lagi 30 minit ke, 45 minit ke konpem aku beli......

hmmmmhh : oh ya aku pelik masa filem tu ada penonton yang ketawa...lucu ke kalau kita menangisi penyesalan yang tak akan dapat diperbetulkan??oh manusia 







Wednesday, March 23, 2011

looking forward for friday....

huh agak sibuk,berpanas,biasalah bawak budak2 ni tp it's worth it dengan sasaran tercapai walaupun ada beberapa orang yang tersasar....balik lambat then main internet free kejap terjumpa la video ni.....TOTAL WIN!!!!.....


 dan bandingkan dengan versi asal....




....aku rasa nak jam la lagu ni muuuuhaaahahahhaha


hmmmmh : friday,friday,fri....damn it

Thursday, March 17, 2011

sup ayam....tengah malam

kredit kpd ILMCI.com
kenapa  sup ayam?...selalunya ni lah apa yang aku order kalu aku lepak dengan member dan lapar.....sedap dan menyihatkan (kot?)....so whats the point here?


selalunya sesi lepak aku ni macam aku makan sup ayam jugak....aku akan rasa sedap = seronok dapat borak2 dan gelak2 dengan kawan2 dan jugak ia menyihatkan aku sebab aku akan dapat lepas tekanan emosi dalaman yang tersembelit dengan keperluan-keperluan kehendak hipokrit ego masyarakat.

ni pun aku baru lepas lepak dan makan sup ayam gak......aku bersyukur ada kawan2 yang macam aku ada sekarang.....I do feel blessed.....

hmmmmhh: chicken soup for the soul....chikedis?

Monday, March 14, 2011

Repekan Pengajaran Harian

hari ni lepas maghrib (xleh berjemaah sbb bini aku berdarah nifas lagi) aku dan bini aku ada bincang sikit...pasal kerja......ahh balik2 pasal kerja....."kerje je la jadi cikgu ni,mulia....dapat pahala".....itu kata-kata typical yang aku selalu dengar.....aku dah bosan benci dengar ayat tu....

ye betul kerja cikgu ni mulia,aku tak pernah nafikan...aku pernah terbaca 'yang paling dekat tugasnya dengan nabi tugasnya ialah guru'....tu dia punya perbandingan....abis wakpo tokse khijo gini awe wehhhh!!!......bagi aku dulu tugas guru tu mulia sebab memang dipandang tinggi tapi sekarang??.....

orang kata "kerja cikgu la senang, pukul 2 dah balik".....memang la balik tapi kerja ikut sekali, kadang2 kelas tambahan,mesyuarat....ah beban kerja tu biasa la....apa yang buat aku tawar hati ni bukan tu sebab semua kerja ada beban tapi sebab ....:

1. aku tertekan dengan kawasan tempat kerja aku yang nak cikgu ni pakai kemeja dan slack 24 jam...polis tidur dengan uniform ke?....berdosakah aku dengan shorts dan tshirt bundle aku?

2. mindset pihak atasan tempat kerja dan rakan sekerja senior yang serbanistas.......pembangunan itu punca maksiat....(hmm maksiat rupanya teknologi canggih ni,lepas ni dokor jangan pakai laser operate yek)....muzik tu maksiatttt.....(lepas ni jangan ada nasyid atau mengaji yang berlagu....nanti jadi maksiat sbb ada unsur muzik tuuuu).....some people just stuck in time...


3. aku rasa kerjaya guru ni dianaktirikan ...ye memang cuti sekolah tu banyak tapi bukan aku oleh tahan malaikat maut ambik nyawa sedara aku masa cuti sekolah atau anak bini aku sakit masa cuti sekolah je......kena ingat bukan saje2 mintak cuti ni.....

4. kerjaya guru ni perturunkan imej oleh pihak pemerintah sendiri.....dasar2 yang diwujudkan hanya untuk sugarcoat nak suruh nampak mereka ada usaha dan idea dalam industri pendidikan ni (industri?)....memanglah sedap kau buat dasar itu ini....ni balaci yang kat bawah ni yang sakit otak menanggung......tak kira la peringkat sekolah pun yang kat atas ada jugak wat dasar sendiri tanpa bincang dengan guru2 kecik ni

5. guru dah makin hilang hak......nak pukul tak boleh....dey ingat saja2 mau pukul ka?....kalu dah perangai cam sial sangat kenapa sekolah kena dukung lagi biawak hidup?.....kalau pelajar kena tampar...guru jangan ikut emosi....kalau guru kena serang?...ada follow up?selagi x mati cikgu tu hah senyap la kes tu lepas wat laporan...polis kalu kena serang ada hukuman tambahan tau......nak buang pelajar pun useless....buang hari ni,esok masuk balik...

.....ah aku pun dah bosan dengan  isu ni tapi nak wat macam mana ia takkan habis.....seriously YOU that amend the rules...grow yourballs.....aku respek dengar pengetua sesetengah sekolah yang buat peraturan "follow the rules or get the fuck out".....ni yang aku dapat "hmmm.....takpelah biasala budak2"......

aku takde masalah dengan budak yang kurang pandai, miskin atau ada masalah keluarga.........but i fuckin hate budak2 yang tak reti nak hargai peluh dan darah mak bapak yang tanggung diorang...oh and i hate spoilt brats...you leeching on your parents' money so dont get cocky cockhead......

eh dah melalut nih......kesimpulannya.....bagi aku...kerjaya dah tak semulia dulu..kerana guru bukan sekadar guru dah sekarang....

hmmmmh: pernah tengok akauntan wat kerja bahagian advertising?

Wednesday, March 9, 2011

apa ke heinye minah weh....

huh....4-5 hari ni main ngan anak penat rupenya klu dia xnk tido....first time aku dpt eye bag for along time hehe.......bosan2 tu aku bukak la blog Beautifulnara....terjunmpa la entri  ni....perrghh....

?                  - "haa...nak jadi artis?bleh2....okay skang you pakai baju adik you ni....haaa kasi timbul      
                       dada...masuk kolam ni...bagi basah2 melekat sikit.....(kluk klik klik)...hokay dik bulan depan jadi
                       artis"
nak jadi artis - "tapi saya xde job lg"
?                  - oh takpe2...kat malaysia ni asal you masuk majalah @ tv dh trus jadi artis....


aku xnk kata apa sbb memang typical majalah tu 'melahirkan' artis2....tapi memang ni la hakikat industri 'glamour' kat malaysia...yang betul bersandarkan bakat....hmmm x banyak dan kalau ada pun x kan meletup...
...oaohhh aku baru perasan....ada mesej laaa..."berenang untuk kesihatan"..tu tulis celah lurah tu....wadefak!!!
hhhmmmm: merpati sejoli hari-hari begini....

Friday, March 4, 2011

nyawa baru...kehidupan baru

 alhamdulillah pada pukul 9:04 malam tadi aku menjadi seorang ayah....walaupun bini aku terpaksa melalui cesarean tapi aku tetap bersyukur sebab mak dan anakku selamat.

I'm a father to a healthy baby girl....hidup aku makin berubah...ke arah yang lebih baik hendaknya

hmmmmm : gonna be a rocking father

Thursday, February 24, 2011

Mentor itu Mentol hidup mereka?





okek aku baru lepas tengok ulangan ujibakat mentor kat TV3..(..serr sekarang dah musim 5, gambar tu musim 3)....aku taknak tulis pasal  rancangan fantasi myang lain sbb aku tak tengok..
...dan aku bukan nak komen pasal kualiti sebab aku pun bukan berpengalaman pun...

tapi bila aku tengok dalam peti rupa dan suara tu...ada yang kata nak ubah nasib hidup la, tak nak bagi mak susah, nak buktikan keupayaan......

ada seorang penternak lembu dari Kuala Selangor nak buktikan kat orang kampung yang hina dia sebab dia bela lembu, sampai Rahim Maarof pun sound kata orang lain takde hak nak hina dia (much respect to Rahim Maarof),dan sorang lagi nak tunjuk dekat mak dan bapak dia yang dia tak bawak malang dan dia boleh berjaya....yang dua ni aku tak nak kutuk sebab pada aku apa yang diorang nak buat patut di puji...


yang tak berapa betul pada aku ialah bila ada yang buat cerita sedih nak bantu keluarga....seriously...NAK BANTU KELUARGA PERGI BELAJAR TINGGI2 ATAU PERGI CARI KERJA!!!!!!.....aku rasa mindset rakyat Malaysia ni susah la nak ubah....reality check!!...ingat jadi penyanyi je boleh terus terkenal dan kaya ke?.....jangan ingat cerita sedih anda akan bantu anda ini Mentor bukan fantasia......lagi satu yang takleh terima hakikat bila kena reject....come on yang jadi mentor tu semua berpengalaman....jangan dibutakan dengan ego dan komen kawan-kawan yang mungkin sekarang tengah gelak bila tengok kau dimalukan dalam TV...

kepada yang di rejek tu...balik rumah dan tanya kawan2 yangn bagi sokongan tu......tanya bila diorabg kata suara kau tu best diorang ikhlas ke tak........

hhhmmmm: takkan ku menyerah kalah walau.....

Saturday, February 19, 2011

bacalah....dan kamu akan tahu

ceh macam poyo je tajuk entri....hari ni aku ada baca beberapa blog tulisan obefiend dan tehtarikgelasbesar....

aku rasa...mereka...anarki,radikal.agak politikal......and i damn like it....aku tahu aku memang ketinggalan dalam dunia blogging ni.....ni memang perangai aku.....aku tak suka buat benda yang orang lain tengah buat masa tu.....dan kini aku baru nak start...apa nak tulis aku pun tak berapa pasti lagi....aku bukan orang yang kritikal kapasiti pemikirannya....

aku rasa aku kena bermula kembali.......banyak kena belajar lagi.....banyak kena baca lagi ni.......


hmmmmm : beat it!!

Tuesday, February 15, 2011

barking the bark....just ignored the fuckin dog....

hari ni.....hmmh hari ni.....mereka buat lagi....ada yang senyap,ada yang menyalak tak berhenti....haish kasar tu menyalak.....MEMANG PUN KORANG MENYALAK....

pernah dengar pepatah 'itik bercakap dengan ayam'...maksud dia dua bahasa yang berbeza bila guna dua-dua tak paham....dah memang aku tak paham,aku cakap pun kau bunyi lagi.....ah menyalak la tu...

dah la tak berapa pandai, budi bahasa memang out....80 minit kau menyalak....huish tak penat ke?

orang ketawa kau ketawa.....tapi sebenarnya orang ketawakan kau!!!.....haish anak bangsa aku.....

hmmmmmmmh: generasi gagal.....

Wednesday, February 9, 2011

berkabus dan ribut

hari ni aku dok layan video ni je...


kenapa? aku pun tak tau....this few days aku agak berkabus kepala aku....nk fikir pun beribut jek...entahlah....adakah ada tanggungjawab kepada-Nya yang terabai?

aku harap akan kembali memeluk gembira......aku tak mahu memeluk hiba.......

disini aku kembali mengelamun...

hmmmm :  .............

Monday, February 7, 2011

tarik rambut....

tajuk post ni adalah apa yg aku buat kat peljar harini....bukan sebab rambut panjang tapi sebab kurang ajar.....

aku agak menyesal....harap dia okay tapi dari tadi aku sedar sesuatu......perasaan hormat kepada orang yang lebih tua makin kurang....


dulu oarang kata kalau nak tengok sopan santun, rasa hormat, adab...pergilah ke kampung...tapi aku rasa sekarang semua tu dah tak relevan....

kenapa?dimana salah?....aku nak jawab pun susah....dan yang aku pasti para P diatas tak pernah peduli pasal benda ni...yang penting pada mereka hanya perabot maya yang direbut....

Melayu takkan hilang tapi yang akan tinggal satu hari nanti hanya zombi-zombi melayu yang wajahnya melayu tapi jiwanya kosong, hatinya tersalut hitam dunia.........

aku rindu zaman manusia masih berperangai manusia.......aku dah letih,aku dah sedih, aku hampir patah, bukan kerana putus asa tapi kecewa diperhambakan...

hmmmmm : seriously.....the only system is Islam

Sunday, January 30, 2011

when part of your history catch up with you....

ceh tajuk English tp tulis dalam BM ahahhaha....hari ini aku terkedu, terperanjat,damn schocked....errr terpanggil oleh kenangan masa tingkatan 3...ada satu sesi kaunseling..dengan mutiara consultant...mativator tu nama dia err fakhrul kot klu x silap...maka ada la sesi smpai menangis...aku pun sekali ahahah...tapi bak kata member aku 'ala hari ni je insaf ni..'..geng hardcore yang tak menangis pun ramai...dan gelakkan orang lain yang menangis....

memang aku akui lepas sesi tu berakhir kami nakal balik tapi aku rasa sedikit sebanyak kata2 yang dihamburkan (sebab motivator tu semangat dan tak pakai mic) tu terketuk juga la jiwa keras aku dan kawan2 ni.....lepas tu aku mula berfikir dan buat benda untuk diri sendiri.....

hari ni aku tak sangka motivator yang datang ke sekolah aku aku nak ketuk akal dan hati anak bangsa aku yang kebanyakkannya layu ni motivator yang sama...cuma aku tak cam sangat masa awal2 sebab aku dah makin tinggi jadi dulu aku rasa dia tinggi gila...sekarang lebih kurang dah...pendekatan dia masih sama,cara dia masih sama,gelak dan tangis masih sama,usaha dia masih sama nak ubah anak bangsa....

dan hari ini aku ikuti sesi dia sambil pantau pelajar aku, aku nampak benda yang sama...ada yang menangis dan ada yang memandang dengan hampa dan sinis......dan aku teringat bila dulu aku menerima pandangan sebegitu...orang yang memberi pandangan itu dimana sekarang?.....dan adakah begitu juga nasib anak didik aku ni?....

sebelas tahun dulu dia ingin ubah...sekarang masih berusaha....adakah bermakna dalam masa 11 tahun ini anak melayu masih tak berubah.....?

selepas selesai....aku sempat berjumpa dengannya....dan bila aku tanya adakah pernah dia ke sekolah aku dulu....hanya tangis dan pelukan yang diberi.....dan aku terharu kerana lelaki ini pernah berusaha mengubah aku dulu....dan sedikit sebanyak perubahan dalam hidup aku terhutang kepadanya......

hmmmmmmm:

Tuesday, January 18, 2011

hambabebas

tajuk post ni sebenarnya aku nak buat tajuk blog picisan aku ni....kenapa hamba?kenapa bebas?....sebab kerja aku kot...kerja aku memang mulia bagi kebanyakkan pihak dan aku akui memang kerja yang bagus.....dalam setahun lebih aku kerja dalam kemalasan aku ni agak banyak jugak la aku belajar.....

banyak jenis orang yang aku kenal sepanjang aku bekerja ni dan banyak jenis situasi....masa pun berlalu agak pantas.....hari ni aku diberi pilihan untuk jadi lebih gembira tapi hipokrit...atau aku kekal dengan ideologi separa anarki aku tapi hati,jiwa,zahir dan batin aku akan terus meronta.....decision,decision...

satu benda yang aku perasan...sejak aku kerja ni lebih banyak yang aku nampak apa yang terlindung....betapa aku (kami?) terkurung kebebasan minda semata-mata mengikut fahaman dan ego tingkat atas...jaga makan nafsu mereka, jiwa aku (kami?) yang terus dahaga......kata mereka lontar berwarna pelangi....darah kamilah menjadi dakwat.....selesa hidup mereka....kamilah yang tersekat....nak cuci muka mereka agar nampak cantik...kamilah yang mencari embun....adeii.....

penat memang penat dengan huruf 'P' besar ni......semua benda ada 'P' besar ni...nak lari aku kenangkan jiwa-jiwa yang aku kasihi........

hmmmm : demi mereka...aku kekal hipokrit......tapi mata aku tak akan buta

Monday, January 10, 2011

Roti?pap pap...siap!

hmm pagi-pagi ni aku teringat roti cotek (mano nak cari ni eh,padahal baru lepas makan nasi kerabu).....

(kredit to http://www.flickr.com/photos/helhaz/)

kalau di kawasan lain ni dipanggil roti tampal.....sebab ni roti canai biasa dan telur mata kuba ditampal pap! atas tu...di Pantai Timur panggil roti cotek sbb perkataan cotek maksud dia macam 'berada diatas sesuatu'....jadi ni telur berada diatas roti canai (ni aku buat sendiri ni)....

aku ingat lagi satu petang kawan arwah ayah aku bawak aku gi satu kedai roti canai di Berek 12....dia kata kedai ni pioneer roti cotek.....mula-mula roti tu berada depan aku, yang dalam kepala otak aku ialah 'whhooaaa this is a revolution man!

punyalah aku terkial-kial nak makan....mula-mula nak guna tangan tu hahahaha....pastu baru lah kawan arwah ayah aku ni bgtau kena guna sudu sebab nak makan telur tu....hahhaha....

lama dah tak makan....dan aku rasa yang kedai Melayu lagi best dari kedai Mamak........arrghhhh cant get rid of the image in my head

hmmmmm : perasaan memecahkan telur kuning yang separuh masak atas roti tu memang best....pecahkan      
                  dara bak kata bini aku huahhahahaha

Sunday, January 9, 2011

Apa-apa Lagu Jelah...hah dah 25 kali?

Entri ni ditulis masa aku tgk AJL 25.....aku minat AJL.....kau minat? tak kisah lah....apa yang aku nak tulis ni?...hantam sajalah!

aku rasa AJL memang dah banyak berubah dengan positifnya....baik dari segi set pentas,kelancaran dan juga persembahan...emmm yang masa aku kecik-kecik dulu aku tak ingat sangat la tapi aku ingat masa zaman etnik kreatif tengah naik dulu persembahan mest ada lebih 10 penari@krew...meriah gila dengan api lah,props gila-gila.....tapi pentas simple je...

walaupun tahun lepas kecoh AJL ni ada unsur masonic, aku taknak sebut yang tu...AJL 25 ni aku suka pentas dia...simple dan praktikal TAPI tak nampak bosan.....

persembahan pun berubah...lebih simple, ekspresif, dan menyampaikan maksud lagu...xppayah penari 274 orang...

okay lets make this short...
1-emm persembahan Yuna simple tapi penuh perasaan. ...
2-Tomok serious aku rasa macam Justin Gigil.....
3-A.P.I hebat dengan sampling bunyi perang dan uniform tentera tapi kenapa stail nazi?....best tengok Loque main gitar cam zaman Butter dlu
4-MUH feat. Black dengan penari ekspresif dan face paint yang sangat sarcastic ahahaha....
5-Ana Rafalli dah macam tengok teater pulak tapi best sebab ada perasaan dan menerangkan lagu (dan aku minat heheh)....
6-Shahir dengan pelakon perempuan (nampak macam Scha) dan part Shahir kena lempang memang best....satu lagi hasil
7-AF Hafiz dengan gimik kena tembak,krew pentas panik dan keluar dari tepi pentas dengan tukar baju (konon mati la) tapi nyanyian biasa je......
8 & 9 -Faizal Tahir ada 2 lagu...untuk Selamat Malam, 5 orang pelakon digunakan untuk tunjuk ucap selamat malam kepada anak,pasangan dan keluarga...nice and sweet...tapi aku kecewa dengan lagu Hanyut...walaupun ada gimik jatuh dalam air tapi dari segi feeling dalam vokal kurang...versi radio lagi best kot...entahlah
10-emmm Stacy dengan lagu Jahat persembahan macam biasa....cute ngan baju Jepun pink
11-Adira dengan penari terbang melayang biasa-biasa je tapi lagu dan vokal agak menusuk jugak la
12- Bunkface macam biasa energtic dan aku suka riff tambahan dan drum solo...very nice..kan bagus dia main macam ni masa Rock The World hari tu
13- Black dengan vokal yang yeargh untuk lagu Sofia Jane....persembahan biasa tapi vokal tu fuh
14- Hujan pun best dengan Mencari Konklusi....sound memang balance...sound AG macam dalam album mantap....nothing really stand out from Hujan


hahhaha pasal pengacara memang best Faizal Bin Ismail (FBI), Elly Iskandar dan Chryl Samad (dia ni cute)....walaupun kadang2 ada lawak yang macam ada dirty meaning dari FBI dan lawak2 tak berapa kelakar...tapi bila FBI cuba speaking dengan Elly dan Cherryl memang lawak abis hahahha...british english bak kata FBI

Elly : Who is Faizal
FBI : Faizal ISmail...hahahahha

FBI: Shut up not shut up (diam tak diam).....

persembahan penutup oleh legenda industri Dato' Sharifah Aini, Dato' Siti Nurhaliza dan Ziana Zain...
vokal semua masih mantap...tak lari,tak semput,pitching nice (Ziana tarik tinggi woo) dan tak speeches hahahha....peminat nampak rindu betul dengan  Ziana Zain...rindu kening kot...Siti punya tarian pun bagus...well practiced and prepared (dan penari seramai 57.9 orang)...tapi tudung dah hilang mana kak (tapi bodi mantap lagi..patutla dato' K syg)??

dan keputusannya (drum role gaya Travis Barker)

Persembahan terbaik : Faizal Tahir - Hanyut (err aku x setuju sangat sebab pada aku biasa je, mungkin gimik jatuh dalam air tu kot)
Vokal terbaik: Hafiz - Noktah Cinta (err aku rasa Black@Faizal Tahir lagi best..)
Tempat ke 3 : Hafiz jugak (mungkin kekuatan lagu ni pada lirik kot)
Tempat ke 2: MUH feat. Black ( lagu ni memang kuat dari segi lirik yang jelas, melodi catchy tapi masih ada identiti MUH dan vokal yang hebat)
Juara : Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku (yyyyessssssss hahahhaha...errr okey professional sikit...lagu ni memang ada lirik yang menyentuh tanpa terlalu berlapis, mesej lagu jelas, ada feeling, melodi moderate yang catchy tapi still ada feel)

hmmmmmm : berdasarkan barisan Juri malam ni (M.Nasir,Andy Flop Poppy, Azmeer, Acis, Pacai)aku rasa keputusan malam ni tak perlu dipertikaikan lagi kot...cuma tang persembahan terbaik tu yang emmmm

jesse james....reward!!!

errr ni bukan entri RealReward ke apa tapi pasal reward untuk diri sendiri....okay dalam hidup kita banyak benda yang berlaku...kerja,sekolah,keluarga,pasangan dan banyak lagi la...setiap hari kita hadapi menekan kita....prinsisp dalam hidup kita, kita kena bagi hadiah kepada diri sendiri sebab yang penatnya kita sendiri....

apa nak kita bagi kat diri sendiri??? kebanyakkan orang yang aku kenal akan bagi benda yang dia minat atau mengidam sekian lama,jadi pada aku hadiah ni macam satu pencapaian dalam hidup kita dan kita sendiri yang kena hargai hidup...

macam aku minat muzik,aku beli instrument atau album yang aku minat...member aku gila gadget IT so  dia beli handphone,laptop (apple tuuu),ada yang minat autowolrd beli kereta@motor idaman...member aku beli kamera sampai dekat RM15k...memanglah dia tu photographer tapi yang RM3 ribu pun  boleh ambik gambar tapi kenapa yang mahal??....sebab dia dah lama mengidam (no he is not pregnant) jadi lepas kerja 2 tahun dia simpan duit terus sambar.......makin macho la dia ehehehe

jadi kalau kita dah bekerja penat-penat,belajar sampai sakit kepala....salahkah kita memberi sesuatu kepada diri sendiri apa yang termampu......??

hidup memang kena menyimpan tapi kalu kira nak saving makan nasi ngan ikan masin je la, rokok pau orang lain, minta orang@awek belanja memanjang, beg sekolah anak tukar 3 tahun sekali, pakai kancil je walaupun anak dah 8(walaupun mampu tukar kereta lagi besar)...baru betul hardcore saving....


jangan kau rasa kau lebih baik dari orang lain HANYA kerana kau ada pemikiran yang dangkal itu


hmmmm :entri ni kacau konsentrasi aku layan AJL 25 lah...damn

Friday, January 7, 2011

Untuk apa erti berkawan?...tu adalah nama siri gig yang terkenal satu masa dulu....tapi aku bukan nak marapek pasal gig....tapi pasal berkawan...kalau dua kawan bergaduh kita nak masuk side mana?berkecuali?kan senang....tapi selesai ke?


Alice merenung tajam dua pihak berbeza yang sebelum ni ada dalam satu jamuan yang sama.....nak marah susah...tak marah...salah! Berada di tengah ni memang menyakitkan....dan memeningkan...kita tunggu jelah.....
Bila sesuatu meliputi rasional,akal dan perasaan memang susah......aku saja x letak tajuk entri ni sebab...entahlah..berat hati..

hmmmmm: tengok kita....tengok dia.....patut ke?

Thursday, January 6, 2011

ada apa dengan warna???

Dari dulu lagi aku tak berminat meletakkan diri aku dalam mana-mana warna WALAUPUN aku datang dari keluarga dan lingkungan rakan yang kuat berwarna......dari hijau ke biru ke biru muda.....errr pink ada jugak kot.....

sebenarnya pada aku dalam politik both sides are damn dirty....damn dirty.... arwah ayah aku memang orang depan bila berpolitik...walaupun aku masih kecil semasa dia ligat tapi sedikit sebanyak aku faham apa yang dia ingin perjuangkan...sebab tu dia tentang apa yang memang salah walaupun dalam warna yang sama.....dan hasilnya?.....difitnah! cuba dipenjarakan! dan dilupakan bila dah tak aktif...semasa dia nazak berbagai pemimpin warna bendera yang datang tapi ironinya yang sama warna dengan beliau hanyalah yang rapat sahaja......

mesti korang akan kata aku berat sebelah!?....sori la yek yang warna satu lagi pun pada aku x berapa betul gak (PADA AKU LA!!).....sesuka hati jatuhkan hukum suka-suka?aku tak nak komen panjang sebab aku bukan pakar, yang satu lagi sibuk nak buat perubahan radikal sampai keadaan dah jadi tendangan basikal (bycicle kick)...you know its upside down....

bila dah besar ni aku nampak yang politik ni sama jek....semua pihak nak menang  dan berkuasa....semua cara halal...apa sahaja dari pihak lawan itu haram walau betul-betul ikhlas.....tu yang aku malas...panas....nak bernafas pun susah...semua nak kipas tapi kipas kebas!!!.....

dah tu pakak saloh blako demo nok ambok gapo weh?....merah?biru?hijau?biru air laut?....macam mambang P.Ramlee la pulak......AKU PILIH HALIMUNAN!!hoh gapo tu? aku tengok dengan terus,telus,tembus,tanpa bias dan terpengaruh, asal hak yang hak tu kekal hak dan......tiada yang terpijak dan dihenjak!!!

aku bergaul dengan dua-dua pihak jadi aku nampak semua pandangan dan aku fikir,tapis,renjis sikit sendiri.....jangan telan bulat2.....ya betul kita cari bukti tapi kadang2 tak perlu tengok terlalu jauh...pada aku...senang....raja zalim disanggah!pemerintah zalim kita ubah!........dah sebelah sini kata dia dah jaga negara lama,sebelah sinun dok komplen jadi apa kata kita bagi dia pegang kejap....kalau tak elok kita tukar lagi.....kata demokrasi terpimpin....ke demokasi?

kadang-kadang pelik tu terbit.....demokrasi ni kuasa rakyat tapi yang aku nampak rakyat berkuasa untuk sehari mengundi tu je...bila keputusan keluar? dengar ke suara kami? ada yang dengar tapi yang majoriti tak dengar tu camno?(both sides)....

haih panjangnyeeee....

hmmmmmm: darah sama merah,nafsu sama serakah.....

sapu sapu saaapppoooooo....

hurmmm hari tu aku bertekak sikit dengan memnber aku di facebook...bermula dengan statement aku yang berbunyi 'kalau bagi RM500@bonus dekat kakitangan negara boleh bankrap....oleh itu lebih banyak projek gajah putih seperti pencakar langit yang belum tentu sape nak guna harus dibangunkan dan duit disalurkan kepada kroni2 @ bini2......ah good morning malaysia'...


status aku tu merujuk kepada pihak politik yang ingin bagi elaun rm500 kalu pegang negara tapi kerajaan kata kalau buat negara akan bankrap.....ada betul?ada salah?kronisme? ada ke projek gajah putih?(kalau ada yang tak tau,maknanya projek yang takde guna)......

okay member aku kata aku wat sweeping statement. Takde fakta? kurang fakta? tidak meyakinkan? perlu bukti?...memang setiap apa yang dikata perlu bukti...aku malas nak gali jauh-jauh...aku hanya perlu tengok disekeliling aku, dah cukup bagi aku.....aku taknak cerita detail takut ada yang kena atas hidung....cuba buka mata dan tengok sekeliling.....aku dah penat tengok? ikan bilis apa yang boleh dibuat?


pasal duit RM500 tu memang aku bersyukur dah dapat 2 kali.....apa yang aku pelik ada yang kata kalau bagi boleh bankrap....tapi aku rasa banyak je projek jalan......ni tiba-tiba ada pulak projek RM 2 juta depan mata ni tapi bajet lain tarak ni....hmmmmm.....

hmmmmmm : aku kerja kerajaan...tukarlah warna apa aku masih dibawah kerajaan....betul dok?





Sunday, January 2, 2011

generasi.

hari ni hari petama sekolah...aku tengok macam2 stail rambut ada.......tak salah nak berfesyen tapi tu lah fungsi akal tuhan bagi....nak bezakan sesuatu mengikut situasi......kalu kat luar mampus la nak fesyen camne pun tapi bila masuk sekolah berhemah (errr betul ke) la sikit...kasik skempes sikit...

sape2 yang jumpa aku kat luar mesti tau ada perbezaan pemakaian aku kat luar....takkan nak skempes24 jam....hmmmm nilah kalau nak berfesyen tapi tak reti.....oghe kelate kato "baso darat bong".....tak kira lagi yang konon nak tunjuk samseng jumpa cikgu wat sombong....ahahhahahaha seriously do you think i give a shit????budak baru nak kenal dunia (kenal dunia salah masalahnya)...ilmu kosong...masa depan???? adeiiiii sakit

dan semua ni budak melayu.....pada aku Melayu dengan nilai dan identiti Melayu semakin pupus....a dying breed.......

hmmmmm: oh Jue Aziz (huwoiiii gila apa....cun peee) hohohohoo
huh akhirnya...selamat tahun baru 2011...berapa punya lewat daaa...kenapa lewat sebab aku kena bagi full focus  kat bini aku yang sarat mengandung tu....dah lah dok jauh risau hati neh......

sepatutnya ada entry pasal konsert Rock The World tapi sebab aku frust xbleh bawak masuk kamera aku jadi malas nak tulis......apa yang aku bleh cakap.....DOUBLE GUITAR FOR 'COME OUT COME OUT' OF LOVE ME BUTCH FEAT. RITHAN DVS WAS SUUUUUPPERBBB!!!!! depan mata tuuuu Rithan dan Wing Meng......dah tu je aku nak cakap hahahahhaha.....

hmmm dah msuk tahun baru dah...cuti lepas tak banyak aktiviti sebab kena bagi bini rehat dan aku kena denggi soooo......ah later lah.....

hmmmmm: dah makin tua dah.........tapi aku tetap muda dihati ahahahha