Dari dulu lagi aku tak berminat meletakkan diri aku dalam mana-mana warna WALAUPUN aku datang dari keluarga dan lingkungan rakan yang kuat berwarna......dari hijau ke biru ke biru muda.....errr pink ada jugak kot.....
sebenarnya pada aku dalam politik both sides are damn dirty....damn dirty.... arwah ayah aku memang orang depan bila berpolitik...walaupun aku masih kecil semasa dia ligat tapi sedikit sebanyak aku faham apa yang dia ingin perjuangkan...sebab tu dia tentang apa yang memang salah walaupun dalam warna yang sama.....dan hasilnya?.....difitnah! cuba dipenjarakan! dan dilupakan bila dah tak aktif...semasa dia nazak berbagai pemimpin warna bendera yang datang tapi ironinya yang sama warna dengan beliau hanyalah yang rapat sahaja......
mesti korang akan kata aku berat sebelah!?....sori la yek yang warna satu lagi pun pada aku x berapa betul gak (PADA AKU LA!!).....sesuka hati jatuhkan hukum suka-suka?aku tak nak komen panjang sebab aku bukan pakar, yang satu lagi sibuk nak buat perubahan radikal sampai keadaan dah jadi tendangan basikal (bycicle kick)...you know its upside down....
bila dah besar ni aku nampak yang politik ni sama jek....semua pihak nak menang dan berkuasa....semua cara halal...apa sahaja dari pihak lawan itu haram walau betul-betul ikhlas.....tu yang aku malas...panas....nak bernafas pun susah...semua nak kipas tapi kipas kebas!!!.....
dah tu pakak saloh blako demo nok ambok gapo weh?....merah?biru?hijau?biru air laut?....macam mambang P.Ramlee la pulak......AKU PILIH HALIMUNAN!!hoh gapo tu? aku tengok dengan terus,telus,tembus,tanpa bias dan terpengaruh, asal hak yang hak tu kekal hak dan......tiada yang terpijak dan dihenjak!!!
aku bergaul dengan dua-dua pihak jadi aku nampak semua pandangan dan aku fikir,tapis,renjis sikit sendiri.....jangan telan bulat2.....ya betul kita cari bukti tapi kadang2 tak perlu tengok terlalu jauh...pada aku...senang....raja zalim disanggah!pemerintah zalim kita ubah!........dah sebelah sini kata dia dah jaga negara lama,sebelah sinun dok komplen jadi apa kata kita bagi dia pegang kejap....kalau tak elok kita tukar lagi.....kata demokrasi terpimpin....ke demokasi?
kadang-kadang pelik tu terbit.....demokrasi ni kuasa rakyat tapi yang aku nampak rakyat berkuasa untuk sehari mengundi tu je...bila keputusan keluar? dengar ke suara kami? ada yang dengar tapi yang majoriti tak dengar tu camno?(both sides)....
haih panjangnyeeee....
hmmmmmm: darah sama merah,nafsu sama serakah.....
No comments:
Post a Comment